Tuesday, October 9, 2012

Alhamdulillah...

ilya.. Alhamdulillah.... semalam check up awak.. mata sayang dah semakin sembuh... kalau lebih kurang 2 minggu lepas mata awak kabur.. tak boleh menulis or membaca or mewarna asyik terlanggar barang.. tak nampak memek muka mama... kalau dari dua minggu sudah mama selalu nangis walaupun depan awak sbb mama tau awak tak nampak mama nangis....babah pun selama mama kawin dah hampir 8 tahun, tak pernah sekali pun mama tengok babah menangis... tapi bila sayang mama jadik cam tu babah nangis... memikirkan 'kalau' mata sayang tak sembuh...

semua cikgu risau dengan keadaan awak n nangis... terima kasih atas doa cikgu2 awak, teman teman, sedara mara sumer...

semalam test mata awak dah boleh baca sumer tulisan, dari yang besar sampai yang kecik... sampai kat botol ubat mata pun awak boleh baca.. syukur pada ALLAH... menyembuhkan... Urat mata awak pun dah tak bengkak lagik... Terima Kasih ALLAH...  Terima Kasih...

ent doc pun kata sinus awak dah makin mengecut tp masih bekalkan ubat untuk awak dan akan ada janji temu lagi... tak apa, datanglah 100 janji temu lagik pun selepas ini mama rela asalkan mata awak elok macam dulu...


Luqman, luqman slalu demam.. arini dah 4 hari awak demam... mama risau... mungkin awak nak membesarkan.. atau mungkin bila dah boleh bergerak ke sana ke mari virus suka dengan awak kan... tp sayang, suhu awak kadang tinggi sangat sampai mama jadik panik... so, semalam mama tak antar awak ke taska.. mama antar awak pada mama ina.. mama harap awak serasi di sana... demam awak cepat kebah ye... ke awak dah nak berjalan ? tumbuh gigi lagik ke.. kuat sikit sayang awak kan anak lanang mama.. tak boleh lembik cam ni ye... mama doakan awak cepat sihat..