Wednesday, January 30, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU ilya ismail & ikwan.. PART I













Assalamualaikum... pembuka bicara.. Khas untuk kenkawan ilya yang nak tengok gambar kawen ilya yang masih tak sempat dia update dalam friendster nyer http://profiles.friendster.com/10081375 . Ilya pun tak tengok lagik gambar nih.. tapi takpe nanti sebelum balik insyaallah akan di print... harap ilang la rindu teman2 ilya tu ye.... ni baru sikit esok sambung lagik ye...


























































Thursday, January 24, 2008

cuti..cuti...cuti...

wahhh.. beshnyer.. semalam bercuti.. thaipusam... tak kisahlah.. janji ako tak pegi keja... Dan semalam ako sesaja mengada2 dalam keadaan poket yang rasanyer tak berapa berat ako ikut ayah n wanco ke TEMERLOH PAHANG.. mak aiiiihhh.. jalannyer macam ular kena palu je. tapi nasib baik ako tak kena sakit kepala... sampai je sana ako perati masih ada kesan2 air banji kuning2 kat dinding2 umah... kesian.. ayah kesana untuk antar surat kat kem temerloh je.. memandangkan surat tu nak guna arini n tetiba je semalam di ishtiharkan cuti umum nak tak nak kena antar la jugak...

Abis je antar surat terus ke pasar temerloh.. kat sana adalah sayur kg, ikan2 jeruk yg ako tk pernak makan n rasa mcm tak teringin nak makan pun. ako tak beli.. ako cuma beli petai je nanti ako balik ako buat sambal tumih. .Ako bawak ilya pepusing.. mula2 dia loya je.. ako terus tarik.. last2 muntah lilah budak tu... hahahahaha.. malu ada kelakar pun ada... nasib baiklah ada pili ayor kat situ.. ako pun basuh sumer terus bawak dalam keta tukar baju.. makcik yang menjual tu siap kata dia tak tahan bau tu... anak orang bando... tak de makna bandonyer... aritu rebus ikan nak masak kuah laksa pun dia muntah gak.. ako kata kat dia.. ilya, dengan masak laksalah atuk kat kampung tu besarkan mama tau... tapi bila dah masak nak makan la pulak... geram ako...

telatah anak.. macam2... tapi tak boleh lupa macam mana penjaja ikan kat tepi sungai pahang jual ikan patin hidup... masa dia nak timbang dia pulak badan ikan tu.. barulah ikan tu mati.. macam kejam kan... tapi ako dah makan.. wanco masak gulai tempoyak.... perggghhhh besh giler..

Friday, January 18, 2008

jumaat penghulu segala hari... pagi nan indah II

aduissss.....

sebenar panjang dah ako taip ari ni. tapi tak tau mana silapnyer tetiba je sumer hilang n ako akan perlahan2 menaip kembali apa yang ako taip tadi walaupun tak mungkin sama caranyer sbb ako dah janji arini ako nak jadi penyabar...

Pagi ni alhamdulillah berkat hari jumaat penghulu segala hari, jalan yang biasanyer kuar e dari umah ako terus jem tapi ari ni tak jem.. mungkin ramai penduduk PPR tak pegi keja... Yelah semalam kan ada paip pecah n banjir... so arini ramai yang amik kesempatan tak pegi keja... tak pelah biar derang rehat... Tapi sesapai je ke jalan semarak depan UTM tu jakan dah sesak dah.. N lumrah alam kot.. sumer manusia akan jadik bukan mausia dah.. sumernyer mula jadi macam aliens vs prediator... masing2 pentingkan diri sendiri.. Kadang ako suka jem ni... tambahan plak jam masih awal.. ako suka tengok gelagat manusia ni.... kalau perlu ako tergelak.. ako gelak, kalau perlu ako marah, ako marah, kalau perlu ako buat tak tau ao buat tak tau je...
Tadi ada satu keta tu kenari WMG **** berenti betul2 dalam kotak kuning n lepas tu jem... bas depan dia tak bergerak... boleh dia dok tengah2 petak kuning tu n keras kat situ... maybe dia gabra sbb dia dah menjadi halangan pada keta yang nak masuk ke jalan maktab... kadang ako rasa macam ako nak turun ako sekeh dahi dia sikit... tak reti2.. macam baru bawak keta je...

** satu lagik tadi susur keluar ke jalan tunrazak dari depan simpang CELCOM tu... Ya Allah sakitnyer hati ako.. tu lah bila orang kaa lady driver ni L*m**B marah.. tapi memang ye pun.. dah tau polis jaga tak payah la ikut lampu... ni tak tunggu lampu ijau kot sedangkan jalan kat depan tu kosong je... YA Allah.. ako geram.. Ako terus melaungkan hon ako beberapa kali... Tak gerak jugak.. ni bila kereta dari KL di lepaskan polis... waktu kereta bertali arus macam lembu lepas kandang tu barulah dia nak masuk... apa ni... takfaham ako... walau ako pun pompuan... ako tak lah jadik cam tu.. letih la...

**tadi sampai parking awal lagik.. sesaja je turn radio ke sinar fm.. oo.. hari ni last day halim othman... bila 3 orang berada dalam konti dan sumernyer berebut untuk berkata2 konti menjadi kecoh dan telinga ako menjadi semak... pendengar setia HO call... menyatakan rasa sedih yang teramat atas pemergian HO dari sinar fm... ahhh.. lumrah hidup... datang dan pergi... sampai ujan di luar rembas.. ako malas na dengar panggilan peminat yang kadang melampau.. terus bergerak ke pejabat... tertarik dengan kicauan burung ako mendongak..... indah pemandangan ciptaan ALLAH ni.. sekumpulan burung terbang dalam berkumpulan.. memang cantik.. memang terasa indah sungguh... jadikan jiwa ako tenang hari ini...

alfatihah untuk bonda tercinta n kekanda tercinta.. moga kalian tenang di sana...

Jumaat penghulu segala hari... pagi nan indah...

Friday, January 11, 2008

Selamat Menyambut Maal hijrah 1429M... & alkisah

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1429. Ako mendoakan semoga dengan kedatangan tahun hijrah ini, kehidupan ako bertambah keberkatan dariNya, bertambah kebahagian, di murahkan rezeki, menjadi hamdaNya yang lebih baik, menjadi anak yang solehah yang menyenangkan hati orang tua, menjadi isteri yang taat pada suami, menjadi mama yang baik pada zuriat ku dan segala kebaikan akan mengulit sepanjang kehidupan ku hingga ke akhir hayatku. Semoga Allah memakbulkan doa ku.

:::: Selepas semalam bercuti, ako rasa lebih bersemangat hari ni. Ako rasa ako lebih bertenaga untuk ke pejabat walaupun malam tadi ada kemalangan yang melanda Adik ku. Semoga dia cepat sembuh, kesian ako tengok dia, mesti dia teringatkan mak pada saat2 cam ni. Takpa, kan kakak dah janji kakak akan jaga nko. So, nko kena percaya pada kemampuan kakak, walau kaka tak boleh setanding dengna mak. Ako memang melaknat pada sapa yang melakukan jenayah kepada adik ako.. Biar Allah balas atas kejahatan yang mereka lakukan. Ke klinik malam tadi, doctor tu pun satu, mesti berborak Cuma untuk di tulis dalam beli caj consultation RM10. Kita kata sakit dia kata… dia lipat2 kepala lutut n tulih tak ada masalah… ada yang berbunyi di dalam kepala lutut dia kata normal… Manusia normal pun memang kalau berjalan mesti lututnyer mengeluarkan bunyik.. iye ke? Puas ako berjalan ako tak dengar pun bunyik tu.. Mungkin mereka yang kekeringan cecair dalam kepala lutut je yang memgalami kesakitan n berbunyik rasanyer… Senyum2 dia bag sehari mc dan suh kuar. Ako siap Tanya, betul ke tak ada apa2 doktor.. dia kata tak ada.. biasa je… senangkan… lepas tu caj rm34 ringgit untuk sessi tak sampai minit ke 5… Ako rasa, kalau doctor malas nak merawat pesakit pada jauh malam, tak payahlah bersusah payah bukak klinik tu 24 jam… Bukak sampai pukul 10 malam je dah la… Kalau jam 10 malam tu pun dah mengantuk.. sampai jam 9 malam dah la….

Kerani kaunter yang sombong… Bukak ako meninggi diri, tapi kalau layanan langsung tak mesra.. pasti menambah sakit. Ako dah bagitau ako tak bawak cash, n dengan lembut gemalai ako mintak dia tunggu sekejap sementara menanti abg ako dating… Amboi… Dalam keadaan berdiri dia boleh tanya, lambat lagik ke ? Ako kata tak lama dia ontheway.. Ubat n mc yang dia bagik pun adik ako tak amik lg… Adik ako biarkan je atas kaunter tu… Dalam waktu lebih kurang 10 minit tu.. kejap2 dia memandang ke arah ako.. kejap je pandang.. apa dia ingat ako nak lari ke ? Kalau ako lari pun.. takkan ako nak amik ubat n mc tu secara haram. Ako ni orang Islam… Ako memang benci klinik tu… Tapi malam tadi dgn keadaan yang lewat dalam keadaan yang terdesak ako terpaksa melangkah ke situ jugak. Letihkan… Sebesar alam di letakkan papan tanda klinik bersama.. tapi layanan memang hak dia je…

:: panjang ako membebel.. tapi itu kenyataannyer… hati ako sakit… di sakiti oleh kaunm ku sendiri… Malam tadi ako tido hampir jam satu pagi… dengan sebal di dada. Doktor fazilah kamsah kata… sebelum tido kita memohon ampun dari Allah (itu yang ako buat) n kena memaafkan orang menyakiti hati kita (itu ako belum mamou nak buat).