Sunday, March 14, 2010

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE LIMA

Alhamdulillah.... Syukur pada ALLAH..

Kata orang 2 atau 3 tahun pertama merupakan tahun tahun yg getir dalam perkahwinan. Tahun percubaan dalam pernikahan... ako rasa ada betulnya, masa tu kita masih terasa baru dalam alam rumah tangga.. pada waktu tu kita dalam prosa kenal mengenal, menyesuaikan diri, kewangan dan sebagainye...tapi alhamdulillah, ALLAH makbulkan doa ako dan suami agar ikatan pernikahan kami kukuh dan mohon kekal ke akhir hayat.

Semalam genap 5 tahun usia perkahwinan ako dan en hubby... Alhamdulillah di sahkan mengandung setelah 10 bulan berumahtangga dan pada 08 Sep 2006 ilya di lahirkan. Alhamdulillah, dia pengikat kasih kami, dia buah hati kami....

dalam tempoh 5 tahun ini juga... pelbagai ranjau kami lalui... rajuk tangis ketawa suka duka bersatu menjadi pengalaman yang amat berharga. Yang menjadikan kami lebih matang dalam melayari bahtera rumahtangga... seperti janji semasa akad dahulu, ako cuba menjadi isteri yang terbaik buat en hubby, dan en hubby cuba menjadi suami yang terbaik untuk ako... usaha untuk menjadi yang terbaik setiap saat dan ketika...tiada hentinya.

Hingga ka saat ini kami masih cuba lengkap melengkapi... kami masih cuba memenuhkan sisi kosong masing masing... kami masih berusaha membentuk keluarga yang di rahmati ALLAH di lindungi ALLAH,di berkati ALLAH...

Ako memohon pada ALLAH semoga pernikahan kami sentiasa di berkati, sentiasa di rahmati ALLAH, kasih kami bertambah utuh bertambah mekar kerana ALLAH, di murahkan rezeki, di permudahkan setiap permasalahan kami.... Ya Allah, ako pohon kepada mu semoga ako menjadi isteri yang baik untuk suami ku, ako menjadi mama yang baik untuk anak anak ku.. suamiku menjadi suami yang baik pada ako isterinya dan anak anak.

Ya Allah terima kasih atas pemberian mu.. terima kasih ya ALLAH kerana memakbulkan doa kami... Alhamdulillah atas kurniaan mu.. hadiah terhebat sempena ulangtahun perkahwinan kami.. semoga zuriat kedua di dalam rahim ini membesar dengan sempurna fizikal dan mentalnya dan selamat di lahirkan. Terima kasih ya Allah.. Lindungilah kami dari segala kecelakaan dan ako pohon permudahkanlah segala apa yang kami lakukan... Lindungilah keluarga kami dari apa jua kejahatan manusia atau iblis....

Buat en hubby,
terima kasih atas segala yang di curahkan kepada saya. Dan saya doakan abang senantiasa sihat dan berbahagia selalu dan bergembira dengan kehadiran ilya dan bakal anak kedua kita.

2 comments:

Rizziela said...

Betul tekaan sya... kak yati bkal dpt orang baru lagi...tahniah kak yati

masaklemakrebung said...

ziela : alhamdulillah.. terima kasih.. siang malam kak yati berdoa di kurniakan zuriat yang ke dua.. alhamdulillah ALLAH makbulkan doa kak yati... tp masih baru lagik... doakan semoga sumer berjalan dengan baik ye... insyaallah