Monday, March 29, 2010

terima kasih

Bila perkara sebegini berlaku baru ako sedar betapa besarnye kasih sayang abang pada saya. Terima kasih atas segala pengorbanan abang.

sungguh, saya terharu dgn layanan abang....

saya pohon ampun dengan apa yang berlaku... walau berkali abang kata itu bukan salah saya.. tapi saya tetap rasa bersalah...

Ya ALLAH, perkukuhkan ilatan kasih kami... ENGKAU berkati dan rahmatilah keluarga kami... sesungguhnyer kepadaMu lah kami berserah dan kepada MU lah kami memohon.....

*****

terima kasih juga buat abg Lin yang sentiasa mengambil berat... setiap hari call ako bertanya khabar.... juga buat ako terharu...

*************************

mak, yati rindu mak.

Saturday, March 27, 2010

ALLAH MAHA MENGETAHUI

Allah maha mengetahui atas apa yang berlaku.... ako redha dengan kehilangan kandungan ku.. sekurang kurang nyer ako merasai bagaimana sakitnyer mereka yang melahirkan kandungan secara normal.. serius... memang sakit n akhirnyer 'dia' kuar dari rahim ku....

semoga ALLAH memberikan rezeki pada masa depan...

Ako redha dengan dugaan dan ujian mu.... Ako pasrah, kepada MU ako berserah dan berdoa... ako pasti ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buat hambanNya...

cuma ilya,
dia masih mengatakan bakal 'adik' masih ada dalam perut mama dia... meraung raung ako kalau ako kata adik dia dah tak ada.... Tak palah, biarlah.. moga itu jadi satu doa dari anak kecil ako ini... Allah pasti memakbulkan doa dia... insyaallah....

buat teman yang memberikan ako kata kata semangat terima kasih... insyaallah ako menerimanyer dengan hati yang redha.. siapa ako untuk menafikan ketentuan ALLAH...

Tuesday, March 23, 2010

mendung segera kau berlalu.. ako rayu padamu ALLAH...

Ya, Allah..
semoga nikmat rahmat berkat yang baru KAU kirimkan pada ako dan keluarga berterusan... ako terima seredhanyer atas apa jua keputusan MU. Ako tahu, ENGKAU sudah menulis apa yang terbaik untuk hambaMU. Dugaan MU jua untuk mereka yang mampu menggalasnyer....

Ya ALLAH,
Ako senantiasa berharap dan berdoa ianya kekal seperti sepatutnyer... Ako mohon pada mu ALLAH, ako merayu pada mu ya ALLAH...

Friday, March 19, 2010

dia dah faham...

like babah like dotter kan
Apa related gambar tu dengan post ako pagi nih... tengah2 sibuk mengemas nak balik kg ni nak update jugak....
malam tadi lepas je abis je ilya tengok citer penunggu gunung raya kat tv3 dia masuk bilik... mamam mmg tak tengok... seram.... dah baca doa sumer mama ingat dia dah nak tido.. tetiba je...
"mama, babah dah berapa lama tak balik umah kan,"
"Yaa rindu kat babah ke ?" ilya mengangguk... dah cebik dah masa tu.... dalam samar2 lampu mama nampak air mata dia dah bergenang je...
"tapi babah tu dah berapa hari dah tak balik umah.. keja je,"sayu je bunyinya
"yelah, babah kea keja. nanti babah nak beli susu Yaa, nak bayar sekolah Yaa, beli baju Yaa..." kata mama. ilya nangis sayu.... mama peluk dia... mama tau dia dah faham.
"Yaa nak cakap ngan babah ke? kita call babah nak? Yaa nak cakap apa ngan babah?"
"Yaa nak cakap Yaa rindu kat babah," teresak esak.... mama pun call babah... biar dia lepas rindu kejap..
"babah, Yaa ni... Yaa rindu kat babah... bila babah nak balik keja. Dah lama babah keja," suara ilya dalam sendu sayu dia...
"ye.. nanti pagi babah balik ye... Yaa jangan nangis ye... babah keja," sayup mama dengar suara babah.
"ok... I love u babah,"
"I love u sayang,"
Tak sampai 5 minit ilya dah lena, mesti dia puas hati dapat lepaskan rindu dengar suara pun dah cukup buat dia tidur lena.... tenang je mama tengok... hmmm.... mmg dia rindu kat babah dia....rindu sangat, cam mama jgk heheheheh.
minggu ni babah dia keja 7pm dan kuar 7am. so memang dia tak jumpa sbb mama n dia kuar antar g nursery jam 6.55am and balik petang babah dah g keja.

Thursday, March 18, 2010

soklan ilya yag pertama


"Yaa, nanti Yaa dapat baby, Yaa dapat adik tau..." kata mama
"alamak mama, macam mana ni... babycot tak beli lagik nih," jawapan ilya....

mama tergelak....


"kenapa nak beli babycot plak... kan banyak benda boleh beli lagik," mama sesaja nak tau jawapan

"sebab kat sekolah Yaa, baby kena tido dalam babycot, barulah selamat," jawapan ilya penuh yakin.

mama senyum... betul la jugak tu.. Ilya berdiri kat depan mama, sambil dukung patung zirafah dia...

"mama, nanti Yaa dukung baby macamni kan mama,"

"baby kecik lagi nanti, Yaa tak boleh dukung masa dia kecik nanti jatuh...."
"oooo.. kecik macam harraz ye mama,"

"ye sayang... macam harraz..."


camtulah pemikiran ilya... tapi ada betulnyer.... n salah satu sbb kenapa dia nak beli babycot barang pertama sbb dia nak tido ngan mama n baby tido dalam babycot....

Sunday, March 14, 2010

ULANG TAHUN PERKAHWINAN KE LIMA

Alhamdulillah.... Syukur pada ALLAH..

Kata orang 2 atau 3 tahun pertama merupakan tahun tahun yg getir dalam perkahwinan. Tahun percubaan dalam pernikahan... ako rasa ada betulnya, masa tu kita masih terasa baru dalam alam rumah tangga.. pada waktu tu kita dalam prosa kenal mengenal, menyesuaikan diri, kewangan dan sebagainye...tapi alhamdulillah, ALLAH makbulkan doa ako dan suami agar ikatan pernikahan kami kukuh dan mohon kekal ke akhir hayat.

Semalam genap 5 tahun usia perkahwinan ako dan en hubby... Alhamdulillah di sahkan mengandung setelah 10 bulan berumahtangga dan pada 08 Sep 2006 ilya di lahirkan. Alhamdulillah, dia pengikat kasih kami, dia buah hati kami....

dalam tempoh 5 tahun ini juga... pelbagai ranjau kami lalui... rajuk tangis ketawa suka duka bersatu menjadi pengalaman yang amat berharga. Yang menjadikan kami lebih matang dalam melayari bahtera rumahtangga... seperti janji semasa akad dahulu, ako cuba menjadi isteri yang terbaik buat en hubby, dan en hubby cuba menjadi suami yang terbaik untuk ako... usaha untuk menjadi yang terbaik setiap saat dan ketika...tiada hentinya.

Hingga ka saat ini kami masih cuba lengkap melengkapi... kami masih cuba memenuhkan sisi kosong masing masing... kami masih berusaha membentuk keluarga yang di rahmati ALLAH di lindungi ALLAH,di berkati ALLAH...

Ako memohon pada ALLAH semoga pernikahan kami sentiasa di berkati, sentiasa di rahmati ALLAH, kasih kami bertambah utuh bertambah mekar kerana ALLAH, di murahkan rezeki, di permudahkan setiap permasalahan kami.... Ya Allah, ako pohon kepada mu semoga ako menjadi isteri yang baik untuk suami ku, ako menjadi mama yang baik untuk anak anak ku.. suamiku menjadi suami yang baik pada ako isterinya dan anak anak.

Ya Allah terima kasih atas pemberian mu.. terima kasih ya ALLAH kerana memakbulkan doa kami... Alhamdulillah atas kurniaan mu.. hadiah terhebat sempena ulangtahun perkahwinan kami.. semoga zuriat kedua di dalam rahim ini membesar dengan sempurna fizikal dan mentalnya dan selamat di lahirkan. Terima kasih ya Allah.. Lindungilah kami dari segala kecelakaan dan ako pohon permudahkanlah segala apa yang kami lakukan... Lindungilah keluarga kami dari apa jua kejahatan manusia atau iblis....

Buat en hubby,
terima kasih atas segala yang di curahkan kepada saya. Dan saya doakan abang senantiasa sihat dan berbahagia selalu dan bergembira dengan kehadiran ilya dan bakal anak kedua kita.

Friday, March 12, 2010

tarikh ni 5 tahun lepas

masa ni apa yang ako tengah buat ye? sibuk kat dapur kot.. sbb malam ni pada tarikh 12.03.2005 ako di ijabqabulkan.. hehehehe... n esok anniversary ako ke 5... Ya Allah per eratkan pernikahan kami degan rahmat dan berkat mu... moga sampai ke nafas terakhir.

amin

Tuesday, March 9, 2010

Monday, March 8, 2010

bila hati berlagu jangan sampai jiwa kaku.

ako sensitif? ada masanyer dan ada orangnye....

teteiba ako terasa hati dengan kata2 si teman...
betul ke orang kata hutang budi di bawa mati.. tapi kalau itu yang asyik dai lagukan biarlah di bayar di duniawi jangan sampai di bawa ke mati...

Friday, March 5, 2010

sambutan Maulidur Rasul

huhuhuhuhu.......

sayang mama, sampai jam skang mama tak tido lagi.... masih dok bakar makaroni nih.... sbb esok anak mama ada sambutan maulidur Rasul kat sekolah... so, mama malas asyik nak wat puding ngan bihun goreng. N mama tukar menu, wat makaroni bakar n puding roti bakar jugak... kiranyer tak sia sialah pakgah adiahkan mama oven ni...

arini plak, Yaa tau tak mama tunggu tren dari jam 6.50pm sampai jam 7.45pm baru mama dapat naik tren sbb orang terlampau ramai... dahlah tu mama sensorang je tak ada kawan... sian Yaa kan, mama amik Yaa jam 8 lebih.. cadang mama nak wat tart custard terus tak jadi sbb tak larat...ni pun mama rasa macam nak ngantuk sangat....

tapi ada 2 bekas tak bakar lagik... jam brapa la baru nak abis kan... Yaa dah sedap dah tido dalam bilik tu... tak pa, Yaa tido elok2 ye... esok bangun pakai baju kurung cantik2 mama antar g sekolah ye....

oklah mama nak sambung bakar makaroni tu... cam dah masak je yg dalam oven tu....

Wednesday, March 3, 2010

Selamat Hari Lahir

Entry ni ako tujukan khas buat abang ako.. abg nyah,

Selamat Hari lahir buat abang nyah. Yati doakan semoga Allah memanjangkan umur, memurahkan rezeki, memberkati apa yang di lakukan, merahmati hidup kita sumer, berbahagia selamanyer bersama isteri, keluarga dan teman teman, di kurniakan permata hati cepat cepat.

Yati mewakili adik beradik mengucapkan terima kasih atas segala apa yang telah abg nyah curahkan kepada kami setelah pemergian mak dan abg mat. Dan kami semtiasa mendokan yang terbaik buat abg nyah dan kak su. Semoga kami sumer tidak menjadi beban kepada abg nyah... alamak tersyahdu.... we love you.

drpd Adik perempuanmu :)

(wakil sekeluarga)