Monday, August 30, 2010

baju raya ilya

mak aii... ako rasa tahun ni baju raya budak budak memang melampau mahalnyer.... tergugat rasanyer wang dalam purse ni... apsal ye.... lotih den... pusing pusing pusing... sumer tak berkanan kat mana den ni.... so, jln penyelesaian nyer... den order online. abih cito...

Thursday, August 26, 2010

semoga bersemadi dengan aman....

permergian dia sarat membawa kesakitan fizikal dan membawa bersama segala kesedihan... ako tak pernah kenal dia... hanya dalam 3 minggu kebelakangan ni nama dia asyik meniti di bibir en hubby... tentang sakit yg di tanggung.. tentang sikapnyer.. tentang fizikalnyer dan boleh d katakan segalanyer tentang dia...

dan pagi selasa... dia pergi selamanyer mengadap ALLAH yang satu. ako tak sempat mengadap. betapa dia pergi bersama sarat sakitnyer... luekimia n d akhir nafasnyer pula di agnosis ada punya menyakit kanser tulang. bayangkan betapa berat tangungannyer...

bila adik sendiri sudah tak bernafsu untuk merawat menjaga malah untuk melawat pun menjadi beban besar.. menjadi caci sindir.... ye, dia tak bermaya.. hanya mampu memandang... hanya mampu menelan apa yang di hamburkan... mungkin tak berkudis dengan cacian n sindiran berbanding kesakitan yang dia tanggung..

tapi dia masih beruntung punya ibu dan ayah setia menanti.. merawat.. memberikan kata kata harapan untuk dia. tanpa jemu berumah tangga di hospital, berdoa dan terus berdoa. tapi seperti yang telah ditetapkan... tanpa sesaat dipercepatkan atau di lambatkan..ALLAH menjemput dia.

panggilan telefon dari en hubby ketika di pejabat... ako sambu dengan air mata...walau wajah tak pernah ako kenal, suara tak pernah ako dengar.. tapi akodapat rasakan dia dekat dengan ako... air mata ako mengalir tak dapat ako tampan.. berguguran sepanjang pulang ke rumah...

Ya ALLAH, ako pohon padamu ya ALLAH tempatkan dia di kalangan mereka yang beriman. Semoga pemergian dia dapat menghapuskan kesakitan yang di tanggungnyer dan semoga permergiannyer pada 14 Ramadhan mendapat rahmat berganda darimu.

Alfatihah.

Allahyarham Carlush 1972-2010.

Tuesday, August 24, 2010

besar sungguh permintaan dia

kisah ni berlaku masa balik dr kampung perak beberapa hari sebelum posa. Lepas je balik dari antar anis n aina, makaner tinggal la ilya dan pakcu je kat belakang kereta... senyap.... tetiba ako dengar ilya menangis teresak esak... cam pelik jugak sbb biasanyer kalau lepas je ako tinggalkan kakak2nyer... dia mesti meraung raung nak tinggal ngan maklong dia..





'Yaa, kenapa Yaa nangis ni..."

"yaa, ni sorang sorang je kat belakang nih... tak ada sapa pun teman yaa, "

"tu pakcu kan ada, kan pakcu temankan yaa kat belakang..."

"hazim tu ada adik harraz, kak long tu pun ada kak anis... yaa ni sorang sorang je...." huh... mama faham beno maksudnyer.

"Abis tu kenapa, pakcu kan ada," mama buat buat b

"alahh.. pakcu tu lain, tak sama.. pakcu dah besar... Yaa nakk adik macam harraz tu, macam dina tu," aduhaiii... besar sungguh permntaan dia... bukan kali ni je... dah banyakkkkk kali... kalau dia nangis itu antara point dia... pening kepala..

"Ilya, yaa doa lah pada ALLAH mintak ALLAH bagi Yaa adik... Insyaallah nanti ALLAH makbulkan doa Yaa,"

"Yaa, tak pandai.. yaa tak tau nak doa macamana,"esak dia makin mengganas...

"ok.. mama ajar.. cepat tadah tangan, n ikut apa yg mama doa ye... " mama pun baik punya doa..

"ya Allah, ya tuhanku.. kurniakanlah yaa seorang adik yang sempurna, aminnn," penuh khusyuk dalam tangisan dia...



berbezakan.... dulu masa ako kecik kecik.. masa mak ako ngandungkan adik ako yg bongsu.. ako ingat lagik... ako paksa adik ako yang no 2 tu tanya pada opah ako.. betul ke mak tu mengandung... dan dan tu jugak dia n ako sekali kena marah ngan opah ako.. masa tu kira kalau budak tanya psal ngandung ngandung tu mmg tak elok beno la.. kira macam bebudak takpatut tau benda benda cam tu... tapi la ni..siap boleh nangis2 mintak adik.... ilya mmg macam tu, kalau orang tu sorang je tak ada adik beradik lain, dia pun boleh tolong nangiskan untuk orang tu sbb tak ada kawan.. caring kan? caring sampai mama pun pening... hhehehee...



apa pun ilya, mama sayang sangat kat awak.. insyaallah ada rezeki awak akan ada adik ye... tapi jangan selalu nangis2 tau nanti mama stress.. susah plak dapat adik hehehehe...

Saturday, August 21, 2010

teratak di kampung

Raya ni insyaallah teratak mak n abah bertukar wajah. hampir 2 bulan dalam pembinaan dan sampai ke hari ini rasanyer tinggal pasang tingkapsliding door n buat silling di dapur. 2 bulan sudah, akomenitiskan air mata bila adik kata rumah dah runtuh.... masa tu memang ako menangis.... sedih sayu bercampur baur. Walaupun kenangan tetap subur tp ako rasa rumah lama tu punya nilai sentimental yang sangat tinggi buat ako dan ahli keluarga yg lain.

Arwah abg ako dengan kakak ipar ako di sandingkan di atas tu, ako pun macam tu... pak cu ako pun di satukan di rumah atas tu... skang kami pun masing masing punya anak2. Runah atas di angkat dari tapak lama kat sebelah uamah embah. Ako masih ongat la masa rumah tu di usung beramai ramai dek orang kampung. Masa tu mak lari belakang umah embah sebab takut umah tu runtuh... tapi alhamdulillah... bersatunya penduduk kg mengangkat umah tu, selamat di letakkan ke tapak baru. bayang kan....


sekarang ako dan adik beradik lain tak punya rumah atas.. sumer di ganti batu dah... mungkin sedikit panas berbanding umah dulu. Tapi, ako tau..... jauh di sudut hati arwah mak n abah mmg dah lama mengharapkan umah tu bertukar wajah... mmandangkan si anai2 makin bersukaria memakan tiang tiang kayu di rumah tu.

Mak,
impian mak terlaksana... begitu jugak impian abah.. walau mak tak sempat menikmatinya, tapi kami tetap lakukan demi belahan hati mak iaitu abah dan kami anak anak.....

abah,
kami anak2 berharap sedikit pemberian kami ini dapat menyenangkan hati abah.. dapat membahagia abah, kerana untuk kami membalas segala jasa baik abah... sumpah, kami tak mampu.

Friday, August 20, 2010

syurgamu ramdhan


ako suka citer ni... slalu terlepas nk tengok kat tv... ako layan kat tv3 catch tv je. poster n sinopsis ni ako paste dari blog en budiey. ako suka dengan lakonan kaum lelaki dalam citer nih... tapi geram dengan lakonan si ellie n zarina tu.... episode 6yag ako ulang 2 kali ako tengok tu mesti ako menangis... sedih bagi pihak 'yassin' tu.. ako ni selalunyer lebih jiwai watak lelaki mungkin sbb ako sumer adik beradik ako lelaki.. hehehe .

SINOPSIS SAMARINDA SYURGAMU RAMADHAN

Bermula 10 ogos. Setiap Selasa, Rabu dan Khamis. Slot samarinda, 10 malam TV3
Pengarah: Shahrulezad Mohameddin
Terbitan: Radiusone Sdn Bhd
Pelakon: Elly Suriati sebagai Datuk Paduka Halimaton, Eira Syazira sebagai Marlia, Ungku Ismail Aziz sebagai Yassin, Zarina Zainordin sebagai Aishah, Aripah Damanhuri sebagai Mak Jah, Shahar Yac’cob sebagai Budiey, Nurul Elfira Loy, Noryati Taib sebagai Datin Kesuma dan Azma Aizal Yusoof.
Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri…
Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya…Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bungsunya…
Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…
Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.
Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya?
SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam…..
cerita ni mengingatkan ako pada arwah ako.... pada arwah mak ako.... ako jadi rindu, sayu, alfatihah....

Sunday, August 15, 2010

tak tau kenapa....

setiap kali apa yang ako suarakan pasti ada yang tak kena..... sampaikan ako rasa macam ako ni naif sangat... boleh menegur tapi jangan sampai teguran tu jadi satu penghinaan.. ako ni sebenarnyer malas nak pikir negatif.. tapi kalau selalu sangat, besi keras pun boleh jadi cair...


ako harap ini cuma perasaan ako je.. astagrafirullahalazim... ya ALLAH jauhkan lah ako dari segala buruk sangka... dan jauhkan lah ako dari mendatangkan prasangka buruk dari orang2 sekeliling ku...

Wednesday, August 4, 2010

selamat hari lahir

selamat hari lahir mak.. ke 62

tanggal 04.08.1948

alfatihah...

Sunday, August 1, 2010

Selamat Pengantin Baru

Selamat Pengantin Baru


Selamat pengatin baru buat teman ako dari sekolah rendah sampailah sekolah menengah... tahniah Julia n pasangan (maaf ako lupa namanyer). Ako doakan segala yang terbaik buat nko dan suami.. semoga sama sama dapat mengharungi segala pahit manis, onak duri dalam kehidupan berumahtangga dan bekeluarga.. moga kental menghadapi segala cubaan dan cobaan...