Skip to main content

hujung minggu yang meletihkan

ako banyak agenda ujung minggu nih... tapi ke melaka yang paling menarik minat ako and hubby ako...satu sebabnyer ako lama tak balik melaka umah ma mentuo den (walauppun sebenarnyer singgah dalam 30 minit je), keduanyer sbb ako lama tak pegi ke kg mak sedara ako, ketiga sebab ako lama tak mandi laut, ke empat lama ako tak mencari remis di pantai, ke lima lama ako tak makan haiwan2 laut yang fresh.. muahhhh sedapnyer... n kalau ako nak tulih rasanyer tak tertulih... ako menumpang kenderaan orang je... yelah wat pe ako bawak keta sedangkan banyak kenderaan yang boleh menampung ako sekeluarga (3 orang, hubby, ako dan baby ilya). Lagipun kami di jemput... so, biasalah...

tapi di atas pemergian ako ke melaka, ako jugak ketinggalan untuk menghadirkan diri ke majlis harijadi anak opismet ako yang dah berminggu2 di ingatkan supaya hadir.. yang mana ako yang mereka cipta kad jemputannyer... hmm... terkilan jugak... ako jugak tak dapat menziarah bapak sedara ako yang telah berkali telepon supaya datang ke rumahnyer kerana lama tak ketemu... tapi raya haritu ako dah jumpanyer di kampung... tapi kan.. rasanyer kalu ako gandingkan melaka vs KL rasanyer memberat ako banyak ke melaka... jadi ako rasa keputusan ako betul...

oklah kat luar tu ujan lebat jugak.. ako nak balik dulu,,, nanti ako apdate apa yang ako buat di melaka...

Comments

Anonymous said…
oit.. oit..
ni bila tukar template ni?
rebung dah tukar jadi buluh nmpak..
hehehehe.. masa bos tak de kita tukar... yelah dah sambut besdaykan... so, jadik buluh la dia.. tapi buluh muda tau... hehehhee

Popular posts from this blog

teratak di kampung

Raya ni insyaallah teratak mak n abah bertukar wajah. hampir 2 bulan dalam pembinaan dan sampai ke hari ini rasanyer tinggal pasang tingkapsliding door n buat silling di dapur. 2 bulan sudah, akomenitiskan air mata bila adik kata rumah dah runtuh.... masa tu memang ako menangis.... sedih sayu bercampur baur. Walaupun kenangan tetap subur tp ako rasa rumah lama tu punya nilai sentimental yang sangat tinggi buat ako dan ahli keluarga yg lain. Arwah abg ako dengan kakak ipar ako di sandingkan di atas tu, ako pun macam tu... pak cu ako pun di satukan di rumah atas tu... skang kami pun masing masing punya anak2. Runah atas di angkat dari tapak lama kat sebelah uamah embah. Ako masih ongat la masa rumah tu di usung beramai ramai dek orang kampung. Masa tu mak lari belakang umah embah sebab takut umah tu runtuh... tapi alhamdulillah... bersatunya penduduk kg mengangkat umah tu, selamat di letakkan ke tapak baru. bayang kan.... sekarang ako dan adik beradik lain tak punya rumah atas.. sumer d...

jawab tag jap..

hishh.. tak reti ako benda nih... tapi dik kerana rasa hormat sesama kenkawan dan adik adik (cik ain) ... dan menambahkan keseronokan dalam blog ako jawab seikhlas dan setulus hati ye.. kalau tak betul jangan marah ye... 1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu? Sumer ahli keluarga ako... termasuk mentua punya keluarga (ku menantu pilihan) 2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri? hmmm... apa ye.. hand bag kot... tapi guna duit hubby .. kira oklah duit hubby duit ako jugak 3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu? Allah.. dah kawin dah pun... impian dulu kat tepi laut.. tapi mak nak wat tepi umah.. kira oklah tu.. meriah.. janji tok imam kata "sah" 4.Berapa lama hubungan kamu berkekalan? Doakan hubungan sekarang ini berkekalan ke akhir hayat... 5. Adakah anda sedang di lamun cinta? Hmm... ya.. cinta sampai rasa nak mamuun dah sekarang nih... 6. Dimanakah restoran akhir kamu makan malam? hmmm.... kat cheng ho... dan restoran kat tingkat satu b...