Skip to main content

cuti..cuti...cuti...

wahhh.. beshnyer.. semalam bercuti.. thaipusam... tak kisahlah.. janji ako tak pegi keja... Dan semalam ako sesaja mengada2 dalam keadaan poket yang rasanyer tak berapa berat ako ikut ayah n wanco ke TEMERLOH PAHANG.. mak aiiiihhh.. jalannyer macam ular kena palu je. tapi nasib baik ako tak kena sakit kepala... sampai je sana ako perati masih ada kesan2 air banji kuning2 kat dinding2 umah... kesian.. ayah kesana untuk antar surat kat kem temerloh je.. memandangkan surat tu nak guna arini n tetiba je semalam di ishtiharkan cuti umum nak tak nak kena antar la jugak...

Abis je antar surat terus ke pasar temerloh.. kat sana adalah sayur kg, ikan2 jeruk yg ako tk pernak makan n rasa mcm tak teringin nak makan pun. ako tak beli.. ako cuma beli petai je nanti ako balik ako buat sambal tumih. .Ako bawak ilya pepusing.. mula2 dia loya je.. ako terus tarik.. last2 muntah lilah budak tu... hahahahaha.. malu ada kelakar pun ada... nasib baiklah ada pili ayor kat situ.. ako pun basuh sumer terus bawak dalam keta tukar baju.. makcik yang menjual tu siap kata dia tak tahan bau tu... anak orang bando... tak de makna bandonyer... aritu rebus ikan nak masak kuah laksa pun dia muntah gak.. ako kata kat dia.. ilya, dengan masak laksalah atuk kat kampung tu besarkan mama tau... tapi bila dah masak nak makan la pulak... geram ako...

telatah anak.. macam2... tapi tak boleh lupa macam mana penjaja ikan kat tepi sungai pahang jual ikan patin hidup... masa dia nak timbang dia pulak badan ikan tu.. barulah ikan tu mati.. macam kejam kan... tapi ako dah makan.. wanco masak gulai tempoyak.... perggghhhh besh giler..

Comments

Popular posts from this blog

Salam... Lama sungguh bersawang berhabuk blog ako ni.. tak tau kenapa malam ni terasa rindu.. rindu nak menulis rindu nak meluahkan.. Mungkin bila ako punya banyak landasan sosial... terlalai ako dengan adanya blog ni.. nanti ako jejak lagi ye... - Sekian-

Nur Ilya Yasmeen Abd Ghani

Gambar ni sehari selepas ilya di lahirkan... Like mama like dotter la kan.. Masa ni besday ilya yang pertama.. meriah la jugak... tapi dia tak ada mood..br bangun tido... Ok ni masadia umur 2 tahun... masa umur 2 tahun tak ada majlis apa2.. cuma sebelulan sebelum tarikh lahir dia atok dia dah belikan kek n adiah... sbbnyer, besday dia jatuh pada bulan posa Selamat Hari Lahir ke 3 sayang… Tahun ni skali lagik tarikhnyer jatuh pada bulan puasa kan.... Takpalah, berkat... Pejam celik pejam celik dah 3 tahun anak mama ni... Mama Doakan semoga ilya menjadi anak yang solehah, anak yang mentaati Allah, anakyang menyejuk hati mama dan babah, semoga ilya sentiasa berbahagia dan membahagia mama and babah. Moga ilya membesar menjadi manusia yang berguna kepada agama bangsa dan Negara.. Mama and babah sayang ilya…

rasa hati

arini pindah lagik. semenjak ako keja kat sini ako tak tau dah berapa kali ako pindah n rasanyer tak terkira kot.... ako pindah ke sebelah je.. tapi ako tetap sedih.. ako tetap rasa tak selesa... ako tetap tak puas hati... ako mula rasa macam ako masuk kat kawasan orang, ako mula rasa tersisih dan ako mula rasa malu nak bergaul dengan bekas jiran jiran ako walaupun derang tak rasa macam tu kot... dan skang ako mula rasa setiap kali derang bercerita ako tak perlu tahu... ako rasa tersorok.... ye ako mula rasa macam melukut di tepi gantang.... samada itu hanya rasa atau kenyataan wallahualam...... mmg arini ako rasa sedih... esok? ako tetap ako, mana saja ako di letakkan ako ikut je... biarlah... keja kerana Allah... hari hari ako niat keja kerana Allah... Jaff selamatlah kita berjiran walau tak sama dengan jiran jiran yg lepas.