Skip to main content

dia dah faham...

like babah like dotter kan
Apa related gambar tu dengan post ako pagi nih... tengah2 sibuk mengemas nak balik kg ni nak update jugak....
malam tadi lepas je abis je ilya tengok citer penunggu gunung raya kat tv3 dia masuk bilik... mamam mmg tak tengok... seram.... dah baca doa sumer mama ingat dia dah nak tido.. tetiba je...
"mama, babah dah berapa lama tak balik umah kan,"
"Yaa rindu kat babah ke ?" ilya mengangguk... dah cebik dah masa tu.... dalam samar2 lampu mama nampak air mata dia dah bergenang je...
"tapi babah tu dah berapa hari dah tak balik umah.. keja je,"sayu je bunyinya
"yelah, babah kea keja. nanti babah nak beli susu Yaa, nak bayar sekolah Yaa, beli baju Yaa..." kata mama. ilya nangis sayu.... mama peluk dia... mama tau dia dah faham.
"Yaa nak cakap ngan babah ke? kita call babah nak? Yaa nak cakap apa ngan babah?"
"Yaa nak cakap Yaa rindu kat babah," teresak esak.... mama pun call babah... biar dia lepas rindu kejap..
"babah, Yaa ni... Yaa rindu kat babah... bila babah nak balik keja. Dah lama babah keja," suara ilya dalam sendu sayu dia...
"ye.. nanti pagi babah balik ye... Yaa jangan nangis ye... babah keja," sayup mama dengar suara babah.
"ok... I love u babah,"
"I love u sayang,"
Tak sampai 5 minit ilya dah lena, mesti dia puas hati dapat lepaskan rindu dengar suara pun dah cukup buat dia tidur lena.... tenang je mama tengok... hmmm.... mmg dia rindu kat babah dia....rindu sangat, cam mama jgk heheheheh.
minggu ni babah dia keja 7pm dan kuar 7am. so memang dia tak jumpa sbb mama n dia kuar antar g nursery jam 6.55am and balik petang babah dah g keja.

Comments

Anonymous said…
cedihnye bile anak ckp cmtu kan...
Rizziela said…
Sedihnya kak yati.

Kalau saya pun..mesti sama-sama nagis dengan ilya....Sian kat dia..tapi nak buat mcm mana..babah dia keje nak cari rezeki
OmbakBaik said…
yaa ..very gud gal
nieja : yup mmg sedih.. mama dia pun sebenarnyer kuar air mata jugak..hehehehe

ziela : mmg mama dia nangis sama.. tu lah nak wat camna sbb syif macam tu kan.. terpaksalah....

Yaa: huhuhuhu... blk kg sibuk tanya chu yaa g mana.... awak dh balik kuala

Popular posts from this blog

teratak di kampung

Raya ni insyaallah teratak mak n abah bertukar wajah. hampir 2 bulan dalam pembinaan dan sampai ke hari ini rasanyer tinggal pasang tingkapsliding door n buat silling di dapur. 2 bulan sudah, akomenitiskan air mata bila adik kata rumah dah runtuh.... masa tu memang ako menangis.... sedih sayu bercampur baur. Walaupun kenangan tetap subur tp ako rasa rumah lama tu punya nilai sentimental yang sangat tinggi buat ako dan ahli keluarga yg lain. Arwah abg ako dengan kakak ipar ako di sandingkan di atas tu, ako pun macam tu... pak cu ako pun di satukan di rumah atas tu... skang kami pun masing masing punya anak2. Runah atas di angkat dari tapak lama kat sebelah uamah embah. Ako masih ongat la masa rumah tu di usung beramai ramai dek orang kampung. Masa tu mak lari belakang umah embah sebab takut umah tu runtuh... tapi alhamdulillah... bersatunya penduduk kg mengangkat umah tu, selamat di letakkan ke tapak baru. bayang kan.... sekarang ako dan adik beradik lain tak punya rumah atas.. sumer d...

jawab tag jap..

hishh.. tak reti ako benda nih... tapi dik kerana rasa hormat sesama kenkawan dan adik adik (cik ain) ... dan menambahkan keseronokan dalam blog ako jawab seikhlas dan setulus hati ye.. kalau tak betul jangan marah ye... 1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu? Sumer ahli keluarga ako... termasuk mentua punya keluarga (ku menantu pilihan) 2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri? hmmm... apa ye.. hand bag kot... tapi guna duit hubby .. kira oklah duit hubby duit ako jugak 3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu? Allah.. dah kawin dah pun... impian dulu kat tepi laut.. tapi mak nak wat tepi umah.. kira oklah tu.. meriah.. janji tok imam kata "sah" 4.Berapa lama hubungan kamu berkekalan? Doakan hubungan sekarang ini berkekalan ke akhir hayat... 5. Adakah anda sedang di lamun cinta? Hmm... ya.. cinta sampai rasa nak mamuun dah sekarang nih... 6. Dimanakah restoran akhir kamu makan malam? hmmm.... kat cheng ho... dan restoran kat tingkat satu b...