Skip to main content

syurgamu ramdhan


ako suka citer ni... slalu terlepas nk tengok kat tv... ako layan kat tv3 catch tv je. poster n sinopsis ni ako paste dari blog en budiey. ako suka dengan lakonan kaum lelaki dalam citer nih... tapi geram dengan lakonan si ellie n zarina tu.... episode 6yag ako ulang 2 kali ako tengok tu mesti ako menangis... sedih bagi pihak 'yassin' tu.. ako ni selalunyer lebih jiwai watak lelaki mungkin sbb ako sumer adik beradik ako lelaki.. hehehe .

SINOPSIS SAMARINDA SYURGAMU RAMADHAN

Bermula 10 ogos. Setiap Selasa, Rabu dan Khamis. Slot samarinda, 10 malam TV3
Pengarah: Shahrulezad Mohameddin
Terbitan: Radiusone Sdn Bhd
Pelakon: Elly Suriati sebagai Datuk Paduka Halimaton, Eira Syazira sebagai Marlia, Ungku Ismail Aziz sebagai Yassin, Zarina Zainordin sebagai Aishah, Aripah Damanhuri sebagai Mak Jah, Shahar Yac’cob sebagai Budiey, Nurul Elfira Loy, Noryati Taib sebagai Datin Kesuma dan Azma Aizal Yusoof.
Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil….Marlia suka melawan dan membantah… Datuk Halimatun tidak paham. Dia hanya mau yang terbaik untuk Marlia…Tapi Marlia lebih rela berkawin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah…Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukkan orang mendatang.. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri…
Itu kisah 16 tahun lalu… Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya…Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bungsunya…
Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut…Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi Cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia….Lalu sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata…Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian…
Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada sapa-sapa pun… Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara mara yang ada… Datuk Halimatun melihat program itu… Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagia dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan di gantikan dengan dendam yang membara sampai kini….Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.
Ramadan menjelang tiba…. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah… Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya?
SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan….Dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan… Kemaafan dari dendam yang terpendam…..
cerita ni mengingatkan ako pada arwah ako.... pada arwah mak ako.... ako jadi rindu, sayu, alfatihah....

Comments

Fara said…
layan jugak citer ni...best.
tu lah.. tak sabar nak tunggu next, next, next, next episode nih..

Popular posts from this blog

Salam... Lama sungguh bersawang berhabuk blog ako ni.. tak tau kenapa malam ni terasa rindu.. rindu nak menulis rindu nak meluahkan.. Mungkin bila ako punya banyak landasan sosial... terlalai ako dengan adanya blog ni.. nanti ako jejak lagi ye... - Sekian-

Nur Ilya Yasmeen Abd Ghani

Gambar ni sehari selepas ilya di lahirkan... Like mama like dotter la kan.. Masa ni besday ilya yang pertama.. meriah la jugak... tapi dia tak ada mood..br bangun tido... Ok ni masadia umur 2 tahun... masa umur 2 tahun tak ada majlis apa2.. cuma sebelulan sebelum tarikh lahir dia atok dia dah belikan kek n adiah... sbbnyer, besday dia jatuh pada bulan posa Selamat Hari Lahir ke 3 sayang… Tahun ni skali lagik tarikhnyer jatuh pada bulan puasa kan.... Takpalah, berkat... Pejam celik pejam celik dah 3 tahun anak mama ni... Mama Doakan semoga ilya menjadi anak yang solehah, anak yang mentaati Allah, anakyang menyejuk hati mama dan babah, semoga ilya sentiasa berbahagia dan membahagia mama and babah. Moga ilya membesar menjadi manusia yang berguna kepada agama bangsa dan Negara.. Mama and babah sayang ilya…

jawab tag jap..

hishh.. tak reti ako benda nih... tapi dik kerana rasa hormat sesama kenkawan dan adik adik (cik ain) ... dan menambahkan keseronokan dalam blog ako jawab seikhlas dan setulus hati ye.. kalau tak betul jangan marah ye... 1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu? Sumer ahli keluarga ako... termasuk mentua punya keluarga (ku menantu pilihan) 2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri? hmmm... apa ye.. hand bag kot... tapi guna duit hubby .. kira oklah duit hubby duit ako jugak 3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu? Allah.. dah kawin dah pun... impian dulu kat tepi laut.. tapi mak nak wat tepi umah.. kira oklah tu.. meriah.. janji tok imam kata "sah" 4.Berapa lama hubungan kamu berkekalan? Doakan hubungan sekarang ini berkekalan ke akhir hayat... 5. Adakah anda sedang di lamun cinta? Hmm... ya.. cinta sampai rasa nak mamuun dah sekarang nih... 6. Dimanakah restoran akhir kamu makan malam? hmmm.... kat cheng ho... dan restoran kat tingkat satu b